Jumaat, 29 Jun 2012

Andaman

Solekan atau andaman pengantin adalah satu aspek yang amat penting di dalam membuat persedian dan urusan pengantin dan majlis perkahwinan

Lebih Manis boutique collection & servise menyediakan khidmat Solekan dan Andaman serta Pakej pengantin dengan harga yang berpatutan.
Harga Makeup:

1. Bersanding / Nikah / Berinai / Bertandang - RM250.00
2. Bertunang - RM180.00
3. Dinner @ lain2 - RM80-RM100

4.Ujian/ Pecubaan Solekan -RM20-RM40
Dan macam2 lagi pakej pengantin Lebih Manis boutique collection & servise sediakan.

Sila hubungi saya 019-5311006(nik/rini) atau pun email ke rinnicol@yahoo.com.

Sekian terima kasih.


 
<>

Rabu, 20 Jun 2012

perancang majlis

Perancang Majlis ringankan tugas

Sebelum mengadakan apa-apa majlis, pastinya pelbagai perancangan dibuat untuk memastikan majlis berkenaan berjalan lancar. Maklumlah, melaksanakan sebuah majlis  sudah tentu memerlukan satu komitmen yang besar

Contohnya Majlis Perkhwinan. Ketika ini ahli-ahli keluarga, terutama ibu bapa pasangan mempelai akan sibuk menentukan pengendalian majlis yang bakal diadakan berjalan dengan lancar dan meriah.
Selalunya, seminggu dari tarikh perkahwinan satu majlis pembahagian kerja akan dibuat untuk mengagih-agihkan tugas kepada individu yang terlibat terutama di kalangan ahli keluarga yang terdekat.
Perbincangan
Secara sedar atau tidak, semua mereka yang terlibat dengan perbincangan berkenaan akan dipanggil ‘pengendali’ dan ‘perancang perkahwinan’.
Namun, kini sudah ada pihak yang bersedia melakukan segala tugas-tugas tersebut. Malah, keluarga mempelai tidak perlu lagi risau mengenai soal pengendalian majlis yang bakal diadakan.
Tugas perancang perkahwinan (wedding planner) memang sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Melayu sekarang

Atas faktor desakan kesibukan dan inginkan majlis berjalan dengan sempurna tanpa ‘pening-pening’ atau berserabut kepala memikirkannya, tugas berat mengurus majlis perkahwinan diserah sepenuhnya kepada pengendali atau perancang perkahwinan
http://lebihmanis.blogspot.com/

Sulaman Manik dan Labuci

Jika anda penggemar sulaman manik dan labuci, Lebih Manis  Boutique menyediakan perkhidmatan jahitan manik dan labuci, begitu juga sulaman untuk pelbagai jenis fabrik dan fesyen yang anda ingini.
Setiap rekaan dan corak akan diilhamkan menerusi gabungan corak fabrik penempah dan juga sentuhan idea kreativiti Lebih Manis Boutique.
Butik kami juga menerima tempahan sulaman manik dan labuci untuk pakaian majlis perkahwinan, pertunangan, keraian, perayaan, majlis-majlis formal, mahupun pakaian ke pejabat, tudung atau hijab dan sebagainya.
Kesemua tempahan sulaman manik dan labuci kami akan dihasilkan mengikut trend, citarasa dan kehendak pelanggan.