Maklumat Tempahan Manik
Maklumat yang diperlukan untuk tempahan sulaman manik adalah:
- 1. Tempat atau lokasi manik yang anda mahu seperti dilengan, dikeliling leher atau dibadan.
- 2. Corak susunan manik dihujung lengan (jika anda memilih sulaman manik dihujung lengan).
- 3. Corak susunan manik dikeliling leher (teluk belanga) sukar untuk ditetapkan sekarang kerana ada banyak faktor yang perlu diambil kira seperti bilangan manik yang digunakan, bilangan bunga dan lain-lain. Jadi anda perlu beri keyakinan kepada saya untuk membuat sulaman itu. Cuma nyatakan anggaran harga yang anda mahu.
- 4. Corak manik dibadan juga sukar untuk ditentukan sekarang. Menjadi lebih sukar untuk mementukan lebih awal corak sulaman manik jika baju anda mempunyai corak bunga contohnya kain batik. Tapi anda boleh nyatakan anggaran harga yang anda mahu. Harga yang tinggi tidak semestinya banyak manik diletakan diseluruh badan, ia mungkin juga sikit sahaja manik yang digunakan tetapi pelbagai warna manik yang digunakan. Sekali lagi, anda perlu memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat sulaman itu.
Tempat /lokasi sulaman
Tempat atau lokasi untuk sulaman manik adalah mengikut kehendak hati pemakai, iaitu anda sendiri. 3 tempat yang biasa dibuat ialah hujung lengan, keliling leher (teluk belanga) dan badan.
Untuk baju yang sudah mempunyai corak dan bunga, lokasi untuk manik dibadan adalah mengikut corak dan bunga yang ada.
Untuk kain kosong (plain) and perlu nyatakan lokasi dimana anda mahu sulaman manik itu, contohnya di sekitar dada sebelah kanan, atau sekitar pinggang atau hujung baju dan sebagainya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan