Rabu, 20 Jun 2012

perancang majlis

Perancang Majlis ringankan tugas

Sebelum mengadakan apa-apa majlis, pastinya pelbagai perancangan dibuat untuk memastikan majlis berkenaan berjalan lancar. Maklumlah, melaksanakan sebuah majlis  sudah tentu memerlukan satu komitmen yang besar

Contohnya Majlis Perkhwinan. Ketika ini ahli-ahli keluarga, terutama ibu bapa pasangan mempelai akan sibuk menentukan pengendalian majlis yang bakal diadakan berjalan dengan lancar dan meriah.
Selalunya, seminggu dari tarikh perkahwinan satu majlis pembahagian kerja akan dibuat untuk mengagih-agihkan tugas kepada individu yang terlibat terutama di kalangan ahli keluarga yang terdekat.
Perbincangan
Secara sedar atau tidak, semua mereka yang terlibat dengan perbincangan berkenaan akan dipanggil ‘pengendali’ dan ‘perancang perkahwinan’.
Namun, kini sudah ada pihak yang bersedia melakukan segala tugas-tugas tersebut. Malah, keluarga mempelai tidak perlu lagi risau mengenai soal pengendalian majlis yang bakal diadakan.
Tugas perancang perkahwinan (wedding planner) memang sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Melayu sekarang

Atas faktor desakan kesibukan dan inginkan majlis berjalan dengan sempurna tanpa ‘pening-pening’ atau berserabut kepala memikirkannya, tugas berat mengurus majlis perkahwinan diserah sepenuhnya kepada pengendali atau perancang perkahwinan
http://lebihmanis.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan