1. Cara mencuci:
Jangan dimasukkan dalam mesin basuh sebaliknya, cuci tangan.
Ketika mencuci jangan gunakan peluntur dan seelok-eloknya gunakan sabun yang lembut.
Jangan memberus berlebih-lebihan atau meramas tudung itu ketika mencuci kerana ia boleh menanggalkan hiasan manik dan merosakkannya.
Jika menghantar dobi, pilih cucian kering.
Cara mencuci betul, cukup hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
2. Cara menjemur
Jangan perah atau mengibas tudung ia boleh menyebabkan perincian rosak.
Jemur saja tudung selepas direndam dan biarkan sehingga kering.
Elak jemur di bawah cahaya matahari terik, menyebabkan kain cepat rosak.
3. Cara menggosok
Gosok dengan kepanasan sederhana iaitu suhu maksimum 150°C.
Jika perlu terbalikkan tudung bagi memudahkan proses menggosok terutama jika memiliki perincian atau aksesori seperti batuan dan manik.
Jangan menggosok terlalu lama.
4. Cara menyimpan
Simpan tudung di tempat khas dan pastikan bahagian yang memiliki perincian tidak renyuk.
Jika boleh gunakan penyangkut tudung, kini mudah didapati di pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan