Jumaat, 16 November 2012

Penjagaan Manik

Manik-manik akan membuat baju kelihatan lebih feminin dan menarik. Tetapi baju berhias manik-manik memerlukan penjagaan yang rapi agar tidak mudah rosak. Bolehlah kawan-kawan cuba tip penjagaan saya ……
Mencuci dengan mesin
·        * Ritsleting dan kancing baju sebaiknya ditutup, agar tidak mengait bagian baju yang bermanik-manik
·       *  Balik sisi baju luar yang bermanik-manik hingga berada di dalam, agar manik-manik terlindung ketika dicuci
·       *  Gunakan air dingin dan sabun  cecair yang lembut.
·        * Pilih putaran mesin cuci yang paling ringan
Mencuci dengan tangan
·        * Ritsleting dan kancing baju sebaiknya ditutup, agar tidak mengait bagian baju yang bermanik-manik
·       *  Balik sisi baju luar yang bermanik-manik hingga berada di dalam, agar manik-manik terlindung ketika dicuci
·        * Rendam baju di dalam air dingin untuk mencuci dengan tangan
·        * Cuci dengan lembut dan jangan terlalu keras, agar manik-manik tidak terlepas  
Mengeringkan
·        * Jangan pernah mengeringkan baju yang berhias manik-manik dengan mesin pengering – takut rosak.
·        * Sebaiknya dikeringkan dengan cara digantung.

Ahad, 28 Oktober 2012

tempahan sulaman kak razimah (imah)



Lama tak tulis2 kat blog nie...sibuk lah kebelakangan ni...hah ni adalah tempahan sulaman untuk kakak Razimah ( anak kak imah)...ambil masa 2 hari baru siap..sulaman nie untuk baju kebarung anak kak imah yg bakal2 jadi pengapit pengantin...harap2 kak imah berpuas hati...

Isnin, 27 Ogos 2012

Tempahan Manik

Maklumat Tempahan Manik

Maklumat yang diperlukan untuk tempahan sulaman manik adalah:
1. Tempat atau lokasi manik yang anda mahu seperti dilengan, dikeliling leher atau dibadan.
2. Corak susunan manik dihujung lengan (jika anda memilih sulaman manik dihujung lengan).
3. Corak susunan manik dikeliling leher (teluk belanga) sukar untuk ditetapkan sekarang kerana ada banyak faktor yang perlu diambil kira seperti bilangan manik yang digunakan, bilangan bunga dan lain-lain. Jadi anda perlu beri keyakinan kepada saya untuk membuat sulaman itu. Cuma nyatakan anggaran harga yang anda mahu.

4. Corak manik dibadan juga sukar untuk ditentukan sekarang. Menjadi lebih sukar untuk mementukan lebih awal corak sulaman manik jika baju anda mempunyai corak bunga contohnya kain batik. Tapi anda boleh nyatakan anggaran harga yang anda mahu. Harga yang tinggi tidak semestinya banyak manik diletakan diseluruh badan, ia mungkin juga sikit sahaja manik yang digunakan tetapi pelbagai warna manik yang digunakan. Sekali lagi, anda perlu memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat sulaman itu.
Tempat /lokasi sulaman

Tempat atau lokasi untuk sulaman manik adalah mengikut kehendak hati pemakai, iaitu anda sendiri. 3 tempat yang biasa dibuat ialah hujung lengan, keliling leher (teluk belanga) dan badan.

Untuk baju yang sudah mempunyai corak dan bunga, lokasi untuk manik dibadan adalah mengikut corak dan bunga yang ada.

Untuk kain kosong (plain) and perlu nyatakan lokasi dimana anda mahu sulaman manik itu, contohnya di sekitar dada sebelah kanan, atau sekitar pinggang atau hujung baju dan sebagainya.

Khamis, 23 Ogos 2012

Tips menjaga tudung


1. Cara mencuci:

  • Jangan dimasukkan dalam mesin basuh sebaliknya, cuci tangan.
  • Ketika mencuci jangan gunakan peluntur dan seelok-eloknya gunakan sabun yang lembut.
  • Jangan memberus berlebih-lebihan atau meramas tudung itu ketika mencuci kerana ia boleh menanggalkan hiasan manik dan merosakkannya.
  • Jika menghantar dobi, pilih cucian kering.
  • Cara mencuci betul, cukup hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

    2. Cara menjemur
  • Jangan perah atau mengibas tudung ia boleh menyebabkan perincian rosak.
  • Jemur saja tudung selepas direndam dan biarkan sehingga kering.
  • Elak jemur di bawah cahaya matahari terik, menyebabkan kain cepat rosak.

    3. Cara menggosok
  • Gosok dengan kepanasan sederhana iaitu suhu maksimum 150°C.
  • Jika perlu terbalikkan tudung bagi memudahkan proses menggosok terutama jika memiliki perincian atau aksesori seperti batuan dan manik.
  • Jangan menggosok terlalu lama.

    4. Cara menyimpan
  • Simpan tudung di tempat khas dan pastikan bahagian yang memiliki perincian tidak renyuk.
  • Jika boleh gunakan penyangkut tudung, kini mudah didapati di pasaran.
  • Isnin, 13 Ogos 2012

    Tempahan Jahitan dan sulaman manik Raya 2012




     Antara tempahan jahitan ,sulaman manik  dan labuci yang sempat di gambar untuk Hari Raya Tahun 2012 kali nie...semuanya dari pelanggan tetap Lebih Manis boutique collection & servise ..