Isnin, 27 Ogos 2012

Tempahan Manik

Maklumat Tempahan Manik

Maklumat yang diperlukan untuk tempahan sulaman manik adalah:
1. Tempat atau lokasi manik yang anda mahu seperti dilengan, dikeliling leher atau dibadan.
2. Corak susunan manik dihujung lengan (jika anda memilih sulaman manik dihujung lengan).
3. Corak susunan manik dikeliling leher (teluk belanga) sukar untuk ditetapkan sekarang kerana ada banyak faktor yang perlu diambil kira seperti bilangan manik yang digunakan, bilangan bunga dan lain-lain. Jadi anda perlu beri keyakinan kepada saya untuk membuat sulaman itu. Cuma nyatakan anggaran harga yang anda mahu.

4. Corak manik dibadan juga sukar untuk ditentukan sekarang. Menjadi lebih sukar untuk mementukan lebih awal corak sulaman manik jika baju anda mempunyai corak bunga contohnya kain batik. Tapi anda boleh nyatakan anggaran harga yang anda mahu. Harga yang tinggi tidak semestinya banyak manik diletakan diseluruh badan, ia mungkin juga sikit sahaja manik yang digunakan tetapi pelbagai warna manik yang digunakan. Sekali lagi, anda perlu memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat sulaman itu.
Tempat /lokasi sulaman

Tempat atau lokasi untuk sulaman manik adalah mengikut kehendak hati pemakai, iaitu anda sendiri. 3 tempat yang biasa dibuat ialah hujung lengan, keliling leher (teluk belanga) dan badan.

Untuk baju yang sudah mempunyai corak dan bunga, lokasi untuk manik dibadan adalah mengikut corak dan bunga yang ada.

Untuk kain kosong (plain) and perlu nyatakan lokasi dimana anda mahu sulaman manik itu, contohnya di sekitar dada sebelah kanan, atau sekitar pinggang atau hujung baju dan sebagainya.

Khamis, 23 Ogos 2012

Tips menjaga tudung


1. Cara mencuci:

  • Jangan dimasukkan dalam mesin basuh sebaliknya, cuci tangan.
  • Ketika mencuci jangan gunakan peluntur dan seelok-eloknya gunakan sabun yang lembut.
  • Jangan memberus berlebih-lebihan atau meramas tudung itu ketika mencuci kerana ia boleh menanggalkan hiasan manik dan merosakkannya.
  • Jika menghantar dobi, pilih cucian kering.
  • Cara mencuci betul, cukup hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

    2. Cara menjemur
  • Jangan perah atau mengibas tudung ia boleh menyebabkan perincian rosak.
  • Jemur saja tudung selepas direndam dan biarkan sehingga kering.
  • Elak jemur di bawah cahaya matahari terik, menyebabkan kain cepat rosak.

    3. Cara menggosok
  • Gosok dengan kepanasan sederhana iaitu suhu maksimum 150°C.
  • Jika perlu terbalikkan tudung bagi memudahkan proses menggosok terutama jika memiliki perincian atau aksesori seperti batuan dan manik.
  • Jangan menggosok terlalu lama.

    4. Cara menyimpan
  • Simpan tudung di tempat khas dan pastikan bahagian yang memiliki perincian tidak renyuk.
  • Jika boleh gunakan penyangkut tudung, kini mudah didapati di pasaran.
  • Isnin, 13 Ogos 2012

    Tempahan Jahitan dan sulaman manik Raya 2012




     Antara tempahan jahitan ,sulaman manik  dan labuci yang sempat di gambar untuk Hari Raya Tahun 2012 kali nie...semuanya dari pelanggan tetap Lebih Manis boutique collection & servise ..

    Selasa, 7 Ogos 2012

    Tips & Panduan Membina Rumahtangga Yang Bahagia

    Hai…kawan-kawan…..
    Untuk membina rumahtangga yang bahagia ilmu amat diperlukan sebagai panduan. Alam rumahtangga sebenarnya adalah alam yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Hanya dengan ilmu, segala cabaran dan dugaan itu akan dapat kita tempuhi dengan baik dan bijaksana.
    Bayangkan, dua individu yang berbeza jantina, juga dengan sifat dan sikap yang berbeza, serta latarbelakang kehidupan yang berbeza, kini tinggal serumah untuk menjalani kehidupan yang baru.. pastinya, akan ada perselisihan dan salah faham yang akan berlaku.. Tetapi, jika kedua-dua pihak mempunyai ilmu serta sikap yang baik, pasti segala perselisihan dapat di selesaikan.
    Macam orang tua-tua cakap 1 hingga 6 bulan pertama memang bulan madu habis lah..6 hingga 12 bulan tempoh kita mengenal siapa pasangan kita yang sebenar..kadang-kadang akan timbul rasa tidak selasa dan rindu dengan kehidupan bujang..12 hingga 18 bulan baru kita nak terima kenyataan yang kita hidup dengan orang lain dan terima keadaan dengan rela…dan tahun-tahun seterusnya kita dah terima kenyataan…sabar amat penting.
    Oleh itu,  saya  memperkenalkan sebuah ebook panduan, yang akan memberikan anda ilmu, bagaimana untuk mendirikan rumahtangga yang harmoni dan bahagia. Ianya adalah sebuah ebook yang bertajuk "40 Tips & Panduan Membina Rumahtangga Yang Bahagia"... ditulis khas untuk anda yang akan akan bergelar pengantin.BESTTT MESTI BACA...